Rafizi Disindir Sebagai ‘Insan Ajaib’

Rafizi Disindir Sebagai ‘Insan Ajaib’, Pembangkang Kecohkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini gamat apabila pembangkang meluahkan tidak puas hati mereka kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai ‘insan ajaib’.

Saravanan berkata demikian sebagai respon kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif yang bertanya sama ada persepsi pembubaran Parlimen ketika musim banjir yang sering dimainkan pembangkang akan memberi kesan kepada kemajuan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022.

“Insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya.



“Selepas itu, dia akan hilang… kalau tuan-tuan lihat, Rafizi tidak pernah muncul ketika kita susah semasa COVID-19. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi,” katanya.

Mengabaikan kekecohan yang dilakukan oleh pembangkang, Saravanan berkata isu pembubaran Parlimen ketika musim banjir adalah satu drama politik yang dicipta oleh Rafizi.

Beberapa ahli Parlimen bangun dan meminta untuk Saravanan agar tidak menuding jari kepada Timbalan Presiden PKR itu.

Menjelas perkara tersebut Saravan menjelaskan bahawa tiada pihak yang menyebut untuk diadakan PRU ketika musim banjir.



Mengulas lanjut Timbalan Presiden MIC itu berkata kerajaan sudah membuat perancangan enam bulan lebih awal untuk menangani masalah bencana banjir.

“Jika kita membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada musim banjir, kenapa pembangkang perlu risau? Rakyat akan sokong anda. Bagilah kita membuat kesilapan.

“Ini seolah-olah mempertahankan kerajaan kita. Kenapa anda risau? Anda yang akan mendapat faedah,” katanya.

UMNO Online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading