Insiden MH122: Suspek didakwa buat ancaman palsu bawa bom

Insiden MH122: Suspek didakwa buat ancaman palsu bawa bom

Insiden MH122: Suspek didakwa buat ancaman palsu bawa bom
FOTO tular menunjukkan insiden berkenaan. FOTO X/@chzaib

Sydney: Lelaki yang membuat gangguan dalam pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH122, tengah hari semalam didakwa di mahkamah di sini, hari ini.

Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesahkan lelaki berasal dari Canberra berusia 45 tahun itu didakwa dengan satu pertuduhan membuat kenyataan palsu mengenai ancaman untuk merosakkan pesawat itu, kononnya dia memiliki bahan letupan.

Katanya, satu lagi pertuduhan dikenakan ke atas lelaki itu ialah bagi kesalahan penumpang tidak mematuhi arahan keselamatan kru kabin.



Pesawat MH122 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Malaysia, berlepas dari Lapangan Terbang Sydney 1.40 tengah hari, semalam, dengan membawa 199 penumpang dan 12 anak kapal.

Namun, pesawat itu terpaksa berpatah balik sebelum membuat pendaratan kecemasan pada 3.47 petang, sebelum penumpang dibenarkan keluar pesawat, kira-kira 6.30 petang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan



Menceritakan detik cemas itu, Velutha Parambath, yang berada dalam pesawat bersama isteri dan anak-anaknya berkata, lelaki itu mula berdoa dengan kuat sejurus selepas berlepas.

“Masa itu kami ingat, dia berdoa untuk semua orang.

“Lelaki itu menunjukkan beg galasnya berwarna hitam dengan mendakwa dia mempunyai kuasa,” katanya kepada Today.



Katanya, anak kapal pantas mengawal keadaan bagi menenangkan lelaki itu sehingga pesawat itu berjaya membuat pendaratan kecemasan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan


“Cuma pihak berkuasa tempatan mengambil masa lama untuk menyelesaikan kes itu apabila kami terpaksa menunggu lama sehingga 6.30 petang sebelum dibenarkan keluar dari pesawat.



“Kami faham pihak berkuasa mengikut prosedur, namun kami bimbang apa-apa berlaku dan ingin keluar cepat dari pesawat itu,” katanya.

Beberapa penumpang lain turut mengadu mereka tidak dimaklumkan bila akan meneruskan penerbangan, selain bagasi mereka masih berada dalam pesawat.

“Penumpang yang tinggal di Sydney dibenarkan pulang, manakala penumpang lain diberikan baucar untuk menginap di hotel berdekatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airlines (MAS) berkata, tindakan membuat pendaratan kecemasan itu demi keselamatan penumpang dan kru dalam pesawat itu.



Susulan kejadian, Lapangan Terbang Sydney mengesahkan, 32 penerbangan domestik dibatalkan merangkumi 16 penerbangan (masuk) dan 16 penerbangan (keluar).

Katanya, beberapa penerbangan domestik lain juga mengalami kelewatan sehingga 90 minit.

Insiden MH122: Suspek didakwa buat ancaman palsu bawa bom


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button