Dua produk Mi Sedaap disahkan tiada rekod berada dalam pasaran

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa dua produk jenama Mi Sedaap keluaran Indonesia yang diharamkan di Singapura semalam ada diimport ke negara ini.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, tiada lagi kemasukan produk itu dengan tarikh luput masing-masing 21 Mei 2023 dan 17 Mac 2023.

“Melalui semakan pihak kementerian ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia mengesahkan bahawa mi goreng dan mi sup pedas Korea itu diimport negara ini, namun, tiada direkodkan kemasukan produk terlibat dengan tarikh luput seperti dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.



Semalam, agensi makanan Singapura melarang jualan dan dua produk itu ditarik balik serta merta kerana penemuan racun perosak jenis etilena oksida kerana bahan toksik berkenaan tidak boleh digunakan dalam makanan kerana kesan kepada kesihatan manusia.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, pihak kementerian mengambil maklum laporan media mengenai residu kimia dikesan dalam dua produk Mi Sedaap dengan tarikh luput dinyatakan.

Etilena oksida merupakan racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan kepada Peraturan Makanan 1985 dan merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi tugas fumigasi atau pewasapan untuk basmi makhluk perosak seperti serangga.

Pihak kementerian bagaimanapun ujarnya, akan terus menjalankan pemantauan di pasaran serta mengenakan tindakan Tahan, Uji, Lepas atau TUL di semua pintu masuk negara ini.



Mereka turut sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dengan sebarang maklumat, boleh diajukan kepada pejabat kesihatan daerah selain boleh menyalurkan kemusykilan melalui laman http://moh.spab.gov.my atau akaun sosial rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button