Lelaki tak sempat joli duit tabung masjid selepas ditahan polis
Lelaki tak sempat joli duit tabung masjid selepas ditahan polis
ALOR SETAR: Seorang lelaki tidak sempat berjoli wang tabung masjid yang dicurinya apabila dia ditahan polis di belakang sebuah kompleks beli belah di Lebuhraya Darulaman, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata berdasarkan siasatan, suspek lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai mencuri wang tabung masjid di Pokok Sena itu, semalam.
Bagaimanapun, katanya, pergerakan suspek yang dipercayai bergerak solo itu berjaya dikesan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kota Setar, jam 1 petang ini.
“Suspek yang mengaku terbabit dalam kejadian itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi Dalam Bangunan).
Lelaki tak sempat joli duit tabung masjid selepas ditahan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :