‘Penipu’ jual jam tangan dan beg jenama mewah ditahan polis

'Penipu' jual jam tangan dan beg jenama mewah ditahan polis

‘Penipu’ jual jam tangan dan beg jenama mewah ditahan polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima empat laporan polis daripada empat ahli perniagaan sejak Ogos lalu, berhubung kes ditipu seorang lelaki dalam pembelian jam tangan dan beg jenama mewah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata keempat-empat mangsa berusia antara 31 hingga 40 tahun itu mengalami kerugian mencecah RM20 juta.



Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun di sebuah kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 4.45 petang, 20 November lalu.

“Antara Ogos lalu hingga bulan ini, kita menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis daripada mangsa yang mendakwa ditipu seorang lelaki tempatan dalam urusan pembelian jam tangan dan beg tangan edisi khas atau terhad berjenama mewah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

“Selepas bayaran dibuat, suspek melarikan diri bersama wang yang dibayar oleh mangsa sebelum gagal dihubungi,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, selepas tangkapan dibuat, suspek dibawa balik ke Johor untuk siasatan kes yang dilaporkan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek dipercayai terbabit dengan kes di Perak yang juga menggunakan modus operandi sama.

“Suspek kini dalam tahanan reman sehingga Ahad ini dan akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak selepas siasatan di sini selesai,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

‘Penipu’ jual jam tangan dan beg jenama mewah ditahan polis



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading