Sydney, Bangkok bakal dilanda bah besar dalam tempoh terdekat
Sydney, Bangkok bakal dilanda bah besar dalam tempoh terdekat
SYDNEY: Sydney merekodkan tahun paling banyak hujan dalam tempoh 164 tahun ketika pihak berkuasa Australia bersedia menghadapi banjir besar di timur negara ini dengan hujan lebat dijangka berterusan dalam masa tiga hari akan datang.
Sehingga pagi semalam, Sydney menerima 2,216 milimeter hujan, sekali gus memecahkan rekod 2,194 milimeter hujan yang dicatatkan pada 1950.
Jurucakap Biro Meteorologi Australia, Jonathan How memberitahu, rekod itu disifatkan luar biasa dan dibimbangi mencetuskan ‘bencana besar yang tidak pernah berlaku di Australia’.
Ini merupakan kali kelima bandar terbesar Australia itu menerima taburan hujan melebihi 2,000 milimeter setahun sejak 1858.
Pantai timur Australia sudah pun berdepan musim tengkujuh berikutan fenomena La Nina, menyaksikan sudah tiga kali kawasan pinggir Sydney dilanda banjir dalam tempoh dua tahun lalu, menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah.
Berikutan sistem cuaca yang tidak menentu, pihak berkuasa Sydney meminta penduduk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku banjir kilat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Makin Tertekan, UMNO Ambil Sikap Berhati-Hati Dengan Sokongan Hajiji DI Sabah
- Hanya 3 Orang Pemimpin PAS Hadir Dalam Majlis Penyampaian Watikah PN Selangor
- Melayu berasa hati semenjak Najib di penjara , sukar untuk GTA Mahathir bertapak
Selain itu, kebanyakan sungai dan empangan sudah mencapai kapasiti penuh.
Kerajaan negeri New South Wales memaklumkan ketinggian dinding di Empangan Warragamba yang membekalkan 80 peratus sumber air kepada Sydney sudah dinaikkan bagi mencegah banjir.
Sejumlah pekan pinggir Sydney sudah pun dilanda banjir dengan siaran televisyen menunjukkan penduduk sibuk memindahkan haiwan ternakan ke kawasan tinggi, selain berdepan dengan banyak jalan raya yang rosak.
Pihak berkuasa New South Wales memaklumkan, sebanyak 47 tanda amaran banjir diletakkan di seluruh negeri berkenaan, dengan banjir tahap sederhana dijangka melanda beberapa bahagian Sydney pada Sabtu ini.
Keadaan dijangka menjadi lebih teruk dan bahaya pada beberapa minggu akan datang.
THAILAND
Dalam pada itu di Thailand, risiko berlaku banjir besar di Bangkok dan beberapa kawasan tengah negara itu terus meningkat berikutan hujan lebat yang dijangka berterusan sepanjang minggu ini.
Situasi itu diburukkan pula dengan peningkatan paras sungai akibat aliran banjir dari wilayah utara Thailand dan pelepasan air empangan.
MOTOSIKAL melalui jalan yang dinaiki air berikutan hujan lebat melanda Bangkok pada 13 September lalu. – AFP
Bangkok sudah pun dilanda banjir sejak Isnin lalu selepas dilanda hujan lebat sebelum surut kelmarin.
Pihak berkuasa Bangkok memaklumkan, pihaknya sudah mengambil beberapa alternatif untuk berdepan banjir, termasuk meletakkan beg pasir di sepanjang tebing sungai, menyediakan pam air di terowong saliran dan menggerakan trak tentera di kawasan yang dijangka paling teruk terjejas untuk memindahkan penduduk.
Terdahulu, Timbalan Gabenor Bangkok, Tawida Kamolvej meminta syarikat dan agensi membenarkan para pekerja mereka bertugas dari rumah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang boleh menjadi lebih teruk jika banjir berlaku.
Pihak berkuasa Thailand memaklumkan, lebih 41,000 isi rumah dan sekurang-kurangnya 22 wilayah masih terjejas akibat banjir, biarpun beberapa tempat sudah semakin pulih, seperti di Chiang Mai.
Sekurang-kurangnya empat empangan utama Thailand sudah melebihi kapasiti dan bagi mengawal situasi, kebiasaannya air akan dilepaskan ke sungai.
INDONESIA
Indonesia juga tidak terlepas dengan ancaman banjir apabila beberapa wilayah di negara itu sudah pun dilanda bah dengan yang terbaharu berlaku di Palopo, Sulawesi Selatan.
Banjir yang berlaku di bandar itu dilaporkan kritikal apabila paras air mencecah dada orang dewasa, menyebabkan banyak harta benda dan kediaman musnah.
Banjir itu berlaku selepas paras sungai Amassangan meningkat mendadak akibat hujan lebat sejak tengah hari semalam.
Sydney, Bangkok bakal dilanda bah besar dalam tempoh terdekat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :