Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula

Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula

Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula

Akhirnya teka-teki mengenai tarikh pembubaran parlimen penggal ke 14 berakhir apabila Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengumumkan pembubaran parlimen semalam.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/10/10/teka-teki-pembubaran-parlimen-tamat/

Sebaik sahaja Ismail Sabri mengumumkan secara rasmi pembubaran parlimen, individu yang akan menjadi perhatian ramai ialah pemimpin parti.

Sama ada mereka memimpin parti yang bergerak secara bersendirian seperti PBM, MUDA atau pun pemimpin yang memimpin gabungan beberapa parti seperti BN, PH, PN dan GTA.

Kerana di tangan merekalah akan ditentukan siapakah yang akan parti yang mereka pimpin itu akan diketengahkan sebagai calon dalam PRU 15.



Tangan merekalah yang akan menandatangani watikah perlantikan calon pilihanraya.

Bagi BN, yang akan menandatangani watikah adalah Pengerusi BN, DS Zahid Hamidi.

Watikah PH pula akan ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH.

Untuk PN, Muhyiddin Yasin akan menandatangani watikah pilihanraya.



Dan untuk GTA, Dr Mahathir yang diberikan kepercayaan untuk menandatangani watikah pilihanraya.

Ciri WALI Adalah Syarat Wajib Untuk Calon BN

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, DS Zahid Hamidi, sudah memberikan janji kepada akar umbi UMNO untuk tidak mencalonkan semula pemimpin yang menjadi liabiliti parti.

DS Zahid juga sudah berjanji, di dalam PRU 15, BN akan mengemukakan sekitar 80% muka baru sebagai calon PRU 15.

Seperkara yang menarik, DS Zahid juga pernah berkata, tiada jaminan Ketua Bahagian UMNO akan dicalonkan di dalam PRU 15, terutamanya yang tewas dalam PRU 14 yang lepas.



Beliau meletakkan syarat, seseorang yang hendak dicalonkan di dalam PRU 15, mestilah mempunyai ciri-ciri Winable, Acceptable dan Likeable atau WALI.

Idea DS Zahid sudah dipratikkan di dalam PRN Melaka dan PRN Johor dan ternyata memberikan keputusan yang sangat baik.

Bagi DS Zahid, sama ada calon yang akan diketengahkan itu adalah calon kesukaan beliau atau tidak, ianya bukan ciri yang penting bagi beliau.

Yang paling penting ialah calon yang diketengahkan itu boleh memenangi kerusi yang dipertandingkan.



Kejayaan sesebuah parti bukan dilihat dari jumlah calon yang masuk bertanding, tetapi jumlah calon yang menang dalam pilihanraya.

Kita berharap, bagi pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan atau tidak dicalonkan semula, supaya boleh bersifat berlapang dada.

Yang penting adalah kemenangan calon yang diketengahkan oleh parti dan kemenangan mereka bermaksud kemenangan parti.

Sekarang adalah masanya semua ahli UMNO sama ada di peringkat akar umbi atau kepimpinan tertinggi, berkerja dan mengutamakan kemenangan parti.



Siapalah kita tanpa parti yang akan mendokong perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

Sekiranya parti kita tumbang sekali lagi, maka kita akan kehilangan platfom perjuangan kita buat selama-lamanya.

 

Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button