LTdL: Kemenangan Molano dibatalkan

Shah Alam: Akibat tindakan kurang profesional dan tiada semangat kesukanan, pelumba UEA Team Emirates, Juan Sebastian Molano dibatalkan kemenangan di peringkat kedua Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kuala Klawang ke Raub semalam.

Molano dikatakan mula menolak pelumba lain ketika 300 meter (m) menunju ke garisan penamat dan disebabkan kesalahan berkenaan penganjur memberikan kemenangan kepada Craig Wiggins (Ara Pro Racing Sunshine) yang sebelum ini di kedudukan kedua.

“Juan Sebastian Molano hilang kedudukan tempat pertama kerana melakukan pecutan yang tidak mengikut laluan sepatutnya.



“Pemenang peringkat kedua (LTdL 2022) milik pelumba Australia, Craig Wiggins (Pro Racing Sunshine),” kata penganjur di akaun Twitter rasmi.

Tempat kedua menjadi milik juara peringkat pertama, Gleb Syritsa dari Astana Qazaqstan Team yang juga pendahulu keseluruhan.

Manakala pelumba Alpecin–Deceuninc, Jakub Mareczko yang sebelum itu menduduki tempat keempat dalam penamat beramai-ramai melonjak ke kedudukan ketiga.

Pengumuman daripada penganjur perlumbaan itu hadir beberapa jam selepas saingan peringkat kedua berakhir sekali gus menghalang Molano daripada meraih kemenangan ketiga musim ini.



Dia yang juga pelumba kelahiran Colombia, tergelincir ke kedudukan ke-109 bersama-sama dengan kumpulan pelumba terakhir yang tiba di garisan penamat.

Bagaimanapun, Molano dibenarkan untuk meneruskan perlumbaan seperti biasa apabila namanya disenaraikan bagi saingan peringkat ketiga dari Putrajaya ke Genting Highlands hari ini.

Pada Jun lalu dia disingkirkan daripada perlumbaan Criterium du Dauphine, selepas memukul pelumba Perancis, Hugo Page 10 kilometer menuju garisan penamat peringkat keenam.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading