Resepi Ayam Goreng Korea Rangup Dan Sedap
- Masa Penyediaan: 15 minit,
- Masa Memasak: 30 minit
- Jumlah Hidangan: 5-6 orang
Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ni memang special sebab cara gorengannya supaya rangup iaitu goreng ayam sebanyak 2 kali. Memang betul-betul rangup hasilnya.
Dalam resepi ni Che Nom share 2 jenis sos iaitu yang pertama menggunakan sos gochujang.
Sos yang kedua pula ialah pilihan resepi kalau kita tak menggunakan gochujang. Anda boleh pilih versi yang mana satu. Kedua-dua versi sos ni sangat sedap rasanya.
Mesti ramai yg suka hidangan ni kan. Seriously, lagi sedap dari makan kat francais restoran Korea kat sini. Kos pun murah je kalau nak buat sendiri. Jangan guna tepung salut segera, ok.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk ayam goreng:
- 700g kepak ayam (bahagi dua bahagian)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- sedikit serbuk black pepper
- garam secukup rasa
- 1 cawan tepung gandum
- 2/3 cawan tepung jagung
- minyak yg banyak untuk deep fry ayam
- Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
- sedikit minyak
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu besar kicap manis
- sedikit air
- 3-4 sudu besar sos gochujang
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar madu
- 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
- bijan putih untuk taburan
- Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
- sedikit minyak
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu besar kicap manis
- ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
- sedikit air
- 1 sudu besar gula perang
- 2-3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar madu
- sedikit garam
- 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
- bijan putih untuk taburan
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk ayam goreng:
- Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
- Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
- Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
- Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.
- Cara-cara untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
- Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
- Cara-cara untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
- Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Tip:
- Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
- Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).
Resepi Ayam Goreng Korea Rangup Dan Sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mungkin bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti andaian Mahathir
- Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula
- BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :