5 Teknologi Baharu Yang Menjadi Sebab Untuk Anda Memiliki HUAWEI Mate 50 Pro!
5 Teknologi Baharu Yang Menjadi Sebab Untuk Anda Memiliki HUAWEI Mate 50 Pro!
Selepas sedekad melangkaui batas dengan siri Mate, Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia sedang meningkatkan generasi siri Mate akan datang dengan teknologi canggih dan terkini untuk melonjak peranti tersebut ke tahap yang lebih tinggi.
Teknologi Pengimejan Kamera Mudah Alih

Mate 50 Pro baharu ini menawarkan teknologi pengimejan kamera mudah alih HUAWEI tersendiri, XMAGE dengan membina empat tonggak teknikal: sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan, yang memecah standard sistem pengimejan mudah alih.
Sistem kamera XMAGE mempunyai Sistem Kamera Ultra Aperture yang terkemuka dalam industri dengan apertur fizikal boleh laras saiz 10 yang dilengkapi dengan apertur terbesar dalam industri telefon pintar F1.4, Super Night Mode, Potret Profesional dan Super Makro – melangkaui model terdahulu untuk memberi anda kualiti imej yang terbaik dan tajam pada setiap gambar.
Mod Kecemasan Bateri Rendah

Selain itu, HUAWEI Mate 50 Pro turut dilengkapi dengan 4,700mAh dan dilengkapi dengan 66W HUAWEI SuperCharge, bagi mencapai keseimbangan optimum antara hayat bateri, pengecasan pantas dan mudah alih.
Kali ini, HUAWEI telah melancarkan Mod Kecemasan Bateri Rendah yang menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dengan algoritma EMUI 13 yang berkuasa dan teknologi SuperEnergy Boosting untuk memaksimumkan penggunaan bateri telefon anda.
Memerah setiap titik jus bateri yang ada, teknologi ini membolehkan anda menggunakan 1% terakhir selama 3 jam atau panggilan telefon selama 12 minit.
Pengalaman Super Device

EMUI13 dilengkapi dengan ciri-ciri baru untuk pengalaman yang lebih mesra pengguna. Anda boleh meleret ke atas pada ikon aplikasi tertentu untuk menjana Service Widget pada skrin utama telefon.
Service Widget mengandungi maklumat dalam aplikasi yang dapat memaparkan semua maklumat yang diperlukan oleh pengguna.
Di samping itu, EMUI13 akan membantu mengosongkan ruang storan sehingga 20GB dengan menyusun fail pendua, memampatkan aplikasi yang kurang digunakan, dan membuang muat turun yang tidak diperlukan, memberikan lebih banyak ruang untuk perkara yang anda suka.
Penggunaan Kaca Kunlun, Kaca Tahan Jatuh

Peranti ini juga menyokong rintangan air tahap IP68 sehingga 6 meter, membolehkan telefon anda bertahan pada persekitaran yang basah dan berdebu .
HUAWEI AppGallery

Bagi mereka yang tidak sabar, anda dijemput untuk mengguna sendiri peranti tersebut pada acara eksklusif pengenalan HUAWEI Mate 50 dengan tarikh pelancaran nanti, anda boleh layari laman web rasmi HUAWEI, laman Facebook rasmi HUAWEI atau Instagram untuk kemas kini terkini mengenai Siri Mate 50.
5 Teknologi Baharu Yang Menjadi Sebab Untuk Anda Memiliki HUAWEI Mate 50 Pro!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pulau Batu Puteh -PM Sahkan Mahathir cuai dan salah, berapa billion harus Bangsa Johor tuntut?
- Malaysia akan dapat PM bergilir-gilir?
- Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyatuan Umah PAS adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.