Real benam Barcelona untuk ungguli Clasico

MADRID: Juara bertahan, Real Madrid menewaskan Barcelona 3-1 pada aksi Clasico untuk mengatasi pencabar utama mereka itu di persada La Liga, sebentar tadi.

Karim Benzema membuka jaringan pada minit ke-12 selepas menyambar bola yang membias yang cuba diselamatkan Marc-Andre ter Stegen selepas cubaan Vinicius Junior manakala Fede Valverde meledak gol kedua sebelum rehat.

Ferran Torres kembali merapatkan kedudukan buat Barcelona pada penghujung aksi selepas gerakan baik Ansu Fati, namun Rodrygo menyempurnakan penalti lewat yang memastikan skuad kendalian Carlo Ancelotti memberikan Barcelona kekalahan domestik pertama musim ini.



Madrid menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kalah skuad dari Catalans itu dalam liga dan menambah derita mereka susulan hampir tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Barcelona, yang menghabiskan banyak wang pada musim panas untuk cuba mengejar pencabarnya itu, kini ketinggalan tiga mata.

Skuad dari Catalan itu hanya melepaskan satu gol dalam liga sebelum Clasico tetapi melepaskan dua gol pada babak pertama seterusnya membiarkan Madrid bersendirian tanpa kalah dalam liga.

“Kami tahu ada masanya dalam perlawanan kami akan menderita, kerana mereka menggerakkan bola dengan bagus, dan ketika kami semua perlu bermain baik, bertahan dengan bagus, dan kami melakukannya,” kata pemain tengah Madrid, Luka Modric kepada DAZN.



“Dalam aspek serangan kami meyakinkan, kami menjaringkan tiga gol dan saya gembira dengan persembahan kami, saya rasa kami melalui perlawanan yang hebat.”

Selepas seri berdepan Inter Milan yang menyebabkan masa depan Barcelona tidak menentu di Eropah, Xavi membuat perubahan termasuk menyenaraikan Jules Kounde menggantikan Gerard Pique.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading