Isteri ke-3 didakwa cederakan isteri ke-4

Kuala Pilah: Wanita yang juga isteri ketiga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan madunya yang juga isteri keempat dengan parang.

Mengikut kertas pertuduhan, Ruslyzay Shawaratuaini Che Roslan, 36, dari Puchong, Selangor didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas wanita berusia 41 menggunakan parang pada 4.30 petang, 15 Oktober lalu di rumah di FELDA Lui Timur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.



Tertuduh pada mulanya mengangguk faham atas pertuduhan terhadapnya dan beberapa kali mengaku bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Bagaimanapun, tertuduh menukar pengakuannya kepada tidak bersalah selepas diberi penerangan oleh mahkamah dan ditanya sama ada faham atau tidak pertuduhan yang dibacakan keatasnya.

Tertuduh yang sebelum itu mencelah bagi menafikan tindakannya itu turut menerima teguran Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi yang mahu tertuduh menjawab soalan yang ditanya sahaja.

Norma kemudian mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsadan passport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.



Mahkamah menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh tidak diwakili peguam.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading