Ringgit susut berbanding dolar AS, mata wang utama

KUALA LUMPUR: Kegiatan pengambilan untung sederhana yang didorong oleh rasa bimbang terhadap tindakan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif menyaksikan nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pagi ini.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun 15 mata asas kepada 4.7160/7200 daripada penutupan hari Selasa 4.7145/7165.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata pelabur masih memantau rentak inflasi dan menantikan data seterusnya daripada zon euro, United Kingdom (UK) dan Kanada.



“Di Eropah, pasaran menjangkakan data Indeks Harga Pengguna (IHP), penunjuk inflasi untuk menunjukkan bacaan 10 peratus, paras tertinggi dalam 30 tahun, dan ia juga dijangka berada pada 10 peratus di UK.

“Dari sudut teknikal, dolar berada dalam paras rintangan penting berbanding ringgit dan terdapat beberapa isyarat terlebih beli daripada penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI), yang boleh memberi laluan kepada anjakan semula dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3479/3525 daripada 5.3118/3141 pada penutup Selasa, lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3218/3251 daripada 3.3168/3184 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6504/6544 daripada 4.6372/6391 sebelumnya.



Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1611/1642 daripada 3.1630/1646 pada penutup semalam.

BERNAMA

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading