Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya
Isu pemakaian kembali ditimbulkan
Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya
Bekas pengacara program MeleTop ini memberitahu, kebiasaannya Haris akan membantu ‘meluluskan’ setiap penampilannya.
“Dialah yang tolong pinkan tudung belakang saya.
“Yang tolong ikat baju, yang tolong luluskan setiap penampilan saya,” katanya.
Neelofa berkata demikian menerusi Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, peminat selebriti itu turut memohon orang ramai tidak lagi mempertikaikan penampilan Neelofa yang sentiasa tidak kena di mata netizen.
Malah orang luar tidak perlu berasa bimbang dengan apa dipakai Neelofa kerna semuanya mendapat keizinan suaminya sendiri.
“Untuk yang sibuk cakap pakaian dan tudung Neelofa itu dan ini, tak perlulah risau sebab dia dah dapat keizinan suaminya,” tulis netizen.
Meskipun sering dikecam masyarakat, Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan dirinya.
Neelofa kata suami ‘approve’ dulu setiap penampilannya