Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk

Akui Terlepas Pandang – ‘Kejadian Tu Berlaku 5 Tahun Lalu’

Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk

Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk

 

Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman didakwa tidak membuat ulasan produk selepas menerima bayaran. Susulan itu, Norreen mengakui terdapat sedikit salah faham mengenai perkara tersebut dan baru-baru ini telah diselesaikan dengan cara baik.

Dah pulangkan wang

Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk



Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, dia sudah menghubungi individu yang mendakwa dirinya tidak membuat ulasan produk dan bersetuju untuk memulangkan wang sebanyak RM80 kepada pelanggan terbabit.

Saya hubungi individu itu, semalam selepas mendapat tahu nama saya tiba-tiba tular di Twitter, susulan dakwaan tidak membuat ulasan produk setelah menerima bayaran.

Saya juga telah memulangkan kembali wang yang diterima dan kami anggap perkara tersebut selesai. Kami berbual dengan baik dan saya juga meminta maaf atas apa yang terjadi. Saya akui apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri.

Dalam pada itu, Norreen berharap agar isu ini tidak dibangkitkan lagi kerana semuanya sudah selesai tanpa sebarang masalah dan mengakui bahawa dia benar-benar terlepas pandang untuk membuat ulasan produk pelanggan berkenaan.



Kejadian itu berlaku lima tahun lalu tetapi tiba-tiba dibangkitkan di Twitter, baru-baru ini. Ketika menerima tugasan itu, saya belum lagi terbabit dalam dunia hiburan dan tidak mempunyai pengurus.

Saya pula sedang hamil dan dalam persediaan melahirkan anak kedua. Saya tidak perasan mesej yang dihantar di Instagram kerana banyak perkara perlu diuruskan.

Banyak mata memerhati

Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk

Pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akur sebagai seorang selebriti banyak mata yang memerhati setiap gerak-geri serta mencari kesilapannya.



Sama ada baik atau buruk, orang tetap akan bercakap. Saya sudah biasa. Orang nak  cakap pasal kita, biarlah. Inilah permainan dunia media sosial.\

 

Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…



Norreen Iman Mohon Maaf Isu Tak Buat ‘Review’ Produk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button