Shamsul bawa mesin rumput ke Bagan Datuk

Oleh – Editor


Shamsul bawa mesin rumput ke Bagan Datuk

Bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka, Shamsul Iskandar Akin dijangka akan membawa misi ‘mesin rumput’ ke Bagan Datuk pada PRU15 ini.



Bekas calon DUN Paya Rumput pada PRN Melaka itu tidak menolak sekiranya dicalonkan Pakatan Harapan bagi menentang penyandang kerusi Bagan Datuk, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Kalah di DUN Paya Rumput kepada calon BN, Shamsul sebenarnya hanya ‘menempah maut’ jika dicalonkan di Bagan Datuk.

Banyak aspek yang akan mengundang kekalahan Shamsul walau beliau dijangkakan membawa naratif yang didendangkan Presiden PKR terhadap Umno.

Sikap Pakatan Harapan yang sentiasa menukar kedudukan Parlimen dilihat sebagai salah satu cara mereka mengalihkan perhatian atas kegagalan berfungsi di kawasan masing-masing.



Pengundi Bagan Datuk pada 2022 berjumlah 58,644 bertambah 11,335 dari dicatatkan pada 2018 iaitu 47,309 orang. Kaum Melayu menguasai kedudukan pecahan pengundi pada 2018 dengan 61.28%, Cina 18.35%, India 18.84% dan lain-lain 1.67%.

Majoriti Zahid pada PRU14 mencatat 5,073 dari 18,909 undi yang beliau terima keseluruhan.

Shamsul Iskandar pula menang di Parlimen Hang Tuah Jaya dengan majoriti 8,640 undi dari 39,067 undi yang diterimanya pada PRU14.

Zahid dalam pada itu mengalu-alukan kedatangan Shamsul untuk bertanding di Bagan Datuk.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button