Da’i Syed – Atas Sebab Kesihatan
Bukan Mengubah Ciptaan Allah
Da’i Syed – Atas Sebab Kesihatan
Perkongsian pelakon Lana Nordin mengenai pembedahan hidung di Korea Selatan, baru-baru ini, telah mencetus pelbagai respon sehinggakan ada netizen yang mendakwa perbuatan tersebut haram dalam sisi agama Islam.
Diharuskan atau dibolehkan
Pendakwah selebriti Da’i Syed tampil menjelaskan dengan menyatakan pembedahan boleh dilakukan sekiranya atas sebab masalah kesihatan atau mengaibkan individu tersebut.
Kata Da’i Syed, perbuatan itu sama sekali tidak mengubah ciptaan asal Allah SWT.
Dalam hukum asal, kalau kita mengubah sesuatu yang dicipta asal oleh Allah, contoh dah memang cantik tapi kita ubah kononnya nak cantikkan lagi, jadinya haram. Sebab ia dah kira mengubah ciptaan Allah.
Tetapi kalau misalnya kening kita sebelah macam penuh (lebat) dan sebelah lagi tidak. Maka dibolehkan untuk cukur sekiranya ia mengaibkan.
Kalau dia membuat pembedahan disebabkan masalah kesihatan, setiap 5 atau 10 tahun memang perlu untuk dibedah atas nasihat doktor, maka diharuskan atau dibolehkan.
Ia bukan mengubah ciptaan Allah, jika atas sebab kesihatan atau keaiban.
Syed berkata demikian ketika ditemui di Majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, Putrajaya, pada Jumaat.
Buat untuk merawat!
Sebelum ini, Lana ‘noya’ dengan segelintir warganet yang tak habis mengecam biarpun sudah menyemak hukum memperbaiki hidung akibat kecelakaan.
Tak kisah la kalau korang masih nak pertikai. Kalau saya tak terlibat dalam kemalangan, saya simpan saja cerita ini. Suami saya cakap berani kerana benar. Saya di pihak benar, buat apa nak takut!
Saya dah semak, fatwa pun kata kalau saya buat untuk merawat, itu bukan haram. Kalau sengaja ubah ciptaan Allah, itu yang haram! Haram ini pun, kau dengan Tuhan, bukan manusia. Saya hidup bukan nak puaskan hati semua orang.
Terdahulu, pemilik nama Mazlina Hasan Nordin mengakui pernah menjalani tiga kali pembedahan ‘rhinoplasty’ bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.
Da’i Syed – Saya Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Pengacara Hana Ismail
Da’i Syed – Atas Sebab Kesihatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS
- At Takiri dedah PAS mungkir janji
- Konflik PPBM, Rafiq tanding Masjid Tanah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan