Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah

Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah

Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah
Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah

Kerajaan telah melancarkan pakej 5G RAHMAH untuk rakyat Malaysia dan membolehkan rakyat menikmati rangkaian 5G dengan harga lebih mampu milik.

Berikut merupakan senarai pakej 5G RAHMAH yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.

U Mobile Pakej 5G Terpaling Rahmah

Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah



U Mobile menawarkan pakej 5G terpaling Rahmah dengan harga langganan RM58 sebulan.

Pakej ini dilengkapi dengan data 200GB untuk 5G/4G dan boleh digunakan untuk hotspot. Pakej ini turut menawarkan perayauan data di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Sebelum ini, pakej asal bagi pelan ini adalah U Postpaid 68. Tetapi, untuk pakej 5G terpaling Rahmah ia ditawarkan dengan rebat RM10 menjadikan harga langganan RM58 dengan kontrak selama 24 bulan.

Dalam pada itu, pakej 5G terpaling Rahmah ini juga menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga RM240.



Malah, bagi kategori B40, 100,000 pendaftaran pertama layak untuk membeli peranti ini  pada harga RM120.

Pakej 5G RAHMAH Maxis

Seterusnya, syarikat telekomunikasi Maxis yang hadir dengan Pakej 5G Rahmah dengan harga langganan RM60 sebulan.

Pakej ini menawarkan data sebanyak 105GB dan juga perayuan data di 3 negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah



Hotlink Postpaid yang berharga RM70 merupakan pakej asal bagi pelan ini. Tetapi, dengan adanya Pakej 5G Rahmah ia menawarkan rebat RM10 menjadikan harga langganan RM60 dengan kontrak selama 24 bulan.

Pakej ini turut menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga yang lebih murah iaitu RM239 dan RM219.

Pakej 5G RAHMAH CelcomDigi

CelcomDigi merupakan syarikat telekomunikasi gabungan yang menawarkan Pakej 5G Rahmah secara berasingan melalui pelan Celcom Xpax dan Digi.

Bagi Digi, ia dilengkapi dengan pelan langganan berharga RM60 sebulan dengan data sebanyak 60GB 5G/4G dan mempunyai panggilan tanpa had serta pengguna boleh menambah had data dengan bayaran RM10.



Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah

Manakala untuk Celcom, ia turut hadir dengan pelan langganan berharga RM60 sebulan dengan data sebanyak 60GB 5G/4G.

Pakej ini turut menawarkan panggilan tanpa had dan paling menarik terdapat kuota untuk penstriman YouTube dan media sosial tanpa had.

Pakej 5G RAHMAH Unifi Mobile

Unifi Mobile turut menawarkan pakej 5G Rahmah dengan pelan langganan berharga RM60 sebulan.



Tambahan, pakej ini didatangkan dengan data sebanyak 60GB 5G/4G, 10GB untuk data hotspot dan panggilan tanpa had.

 

Pakej asal pelan ini adalah Uni5G Postpaid dengan harga RM65, namun kini ia menawarkan dengan rebat RM5 menjadikan harga langganan RM60 dengan kontrak selama 24 bulan.



Pakej 5G Rahmah Unifi Mobile turut menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga RM240.

Tidak ketinggalan ia turut menawarkan peranti 5G pada harga RM120 untuk 100,000 pelanggan pertama kategori B40.

Yes 5G Power 35 Rahmah

Untuk pengetahuan anda, Yes 5G merupakan syarikat telekomunikasi yang pertama melancarkan pakej 5G Rahmah melalui pelan Yes Power 35 Rahmah. Ia juga pakej termurah dengan harga langggan RM35 sebulan.

Bukan itu sahaja, pakej ini didatangkan dengan data sebanyak 100GB bersama kelajuan tanpa had dan turut menyokong panggilan tanpa had.

Berbeza dengan yang penawaran yang lain, Yes 5G menawarkan 4 peranti iaitu HONOR 90 Lite, Samsung Galaxy A14 5G, ZTE Blade Z73 dan Vivo Y55+ 5G yang boleh dibeli pada harga RM240.

Berbeza dengan yang penawaran yang lain, Yes 5G menawarkan 4 peranti iaitu HONOR 90 Lite, Samsung Galaxy A14 5G, ZTE Blade Z73 dan Vivo Y55+ 5G yang boleh dibeli pada harga RM240.

Kesemua pakej ini telahpun tersedia untuk rakyat Malaysia bermula 31 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Kesemua pakej ini didatang dengan kontrak selama 24 bulan dan jaminan peranti selama 24 bulan.

Kredit: Fuzz.my

Ini 5 Syarikat Telekomunikasi Yang Menawarkan Pakej 5G Rahmah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button