Dua wanita maut, kenderaan terjunam ke sungai

Dua wanita maut, kenderaan terjunam ke sungai

Dua wanita maut, kenderaan terjunam ke sungai
Dua wanita maut selepas kenderaan mereka memasuki sungai di Kampung Semueh Baru, Jalan Lubuk Antu Betong, hari ini. – Foto BOMBA

BETONG: Dua wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terjatuh ke dalam sungai di Kampung Semueh Baru, Jalan Lubuk Antu di sini, hari ini.

Identiti dan usia kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.29 pagi dan terus menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong.



“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap terjatuh dalam sungai. Seorang lelaki dewasa pemandu dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Merindun, sebelum pasukan bomba sampai.

“Dua penumpang wanita dewasa turut dikeluarkan oleh orang awam, sebelum pasukan bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini.

Dua wanita maut, kenderaan terjunam ke sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading