Liverpool perlu belasah Napoli



LIVERPOOL: Liverpool perlu menewaskan Napoli dengan jaringan tiga atau lebih untuk memintas mereka di puncak Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah.

Kelab Itali itu pula mensasarkan untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila bertandang ke Anfield malam esok.

Liverpool menempah tempat ke pusingan kalah mati buat kali keenam berturut-turut di bawah kendalian Jurgen Klopp selepas menewaskan Ajax 3-0 di Amsterdam minggu lalu.

Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Harvey Elliot menemui sasaran untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu bagi memastikan tempat di pusingan kalah mati.



Bagaimanapun dalam saingan domestik, Liverpool terus bergelut mengulangi prestasi musim-musim sebelumnya apabila tewas 2-1 kepada Leeds di laman sendiri.

Ia juga adalah kekalahan pertama Virgil van Dijk di laman sendiri sejak menyertai Liverpool pada Januari 2018, manakala rekod tanpa kalah kelab sejak lima tahun setengah di Anfield turut berakhir di tangan Leeds.

Dengan Real Madrid, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain dilihat bakal menjuarai kumpulan masing-masing, Klopp perlu menewaskan Napoli dengan jumlah jaringan besar bagi mengelak kuasa-kuasa besar Eropah itu.

Bagaimanapun ia bukan tugas mudah buat Liverpool. Napoli berada pada prestasi terbaik selepas merakam kemenangan 4-0 ke atas Sassuolo – kemenangan ke-13 berturut-turut mereka dalam semua pertandingan.



Liverpool akan kekal beraksi tanpa Luis Diaz, Diogo Jota, Joel Matip dan Arthur akibat kecederaan, manakala Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain tidak disenaraikan kerana mengalami masalah otot.

Dengan perlawanan menentang Tottenham Hotspur menanti pada Sabtu, Klopp mungkin terpaksa memasukkan James Milner, Jordan Henderson dan Ibrahima Konate bagi menggantikan Trent Alexander-Arnold, Fabinho dan Joe Gomez dalam kesebelasan utamanya.

Napoli pula hadir tanpa Salvatore Sirigu dan Amir Rrahmani yang mengalamai masalah otot, manakala Matteo Politano mungkin direhatkan bagi mengelak kad kuning ketiga yang menjurus kepada penggantungan satu perlawanan.

Victor Osimhen – yang meledak hatrik ke atas Sassuolo – juga berkemungkinan direhatkan bagi mengelak kecederaan, dengan Giovanni Simeone akan menerajui jentera serangan selepas meledak dua kali ketika menentang Rangers minggu lalu.



Barisan kemungkinan Liverpool:

Alisson; Milner, Konate, Van Dijk, Tsimikas; Elliott, Henderson, Jones; Salah, Firmino, Carvalho

Barisan kemungkinan Napoli:

Meret; Di Lorenzo, Ostigard, Kim, Rui; Ndombele, Lobotka, Elmas; Lozano, Simeone, Raspadori



BHOnline



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker