NK Osijek juara Piala Supermokh

GAMBANG: NK Osijek menjuarai Piala Supermokh 2022 bawah 14 tahun selepas menewaskan Paris Saint Germain (PSG) 2-1 di padang Arena AMD Gambang, semalam.

NK Osijek dikejutkan dengan gol seawal minit kelapan selepas PSG dihadiahkan sepakan penalti apabila ketua pasukannya, Ayari Adam dijatuhkan dan sepakan disempurnakan Jangeal Mathis Laurent.

NK Osijek menyamakan kedudukan pada minit ke-18 menerusi tandukan Gagulic Matej yang berjaya menewaskan penjaga gol PSG, Vignaud Arthur Louis.



Gol kemenangan NK Osijek akhirnya muncul pada minit ke-64 apabila Jaman Drazen merembat kencang bola ke kanan gawang PSG.

Jurulatih NK Osijek, Zitnjak Matej berkata ia pertemuan mendebarkan memandangkan PSG mempunyai rekod cemerlang sepanjang kejohanan dengan mencatat kemenangan dalam semua empat perlawanan kumpulan B dan menghasilkan 15 jaringan.

“Saya amat gembira dengan pencapaian yang tidak disangka hari ini (semalam) terutama selepas melalui laluan berliku dalam kumpulan A bersama pasukan tuan rumah, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Panthers,” kata Matej.

Menurut Matej, Piala Supermokh antara kejohanan bawah umur terbaik dunia yang dapat memberi pendedahan kepada pemain muda selain menilai kemajuan program pembangunan sukan nombor satu dunia itu di peringkat kelab dan negara.

“Saya berharap pertandingan bola sepak Piala Supermokh dapat terus diadakan setiap tahun dalam usaha merancakkan lagi sukan bola sepak di peringkat bawah umur yang bertaraf antarabangsa,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button