Video wanita ditampar, tendang, dilibas selipar undang kemarahan

Kuala Lumpur: Tular di media sosial satu rakaman video seorang perempuan dibelasah seorang lelaki dipercayai kenalannya sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai, hari ini.

Rakaman video berdurasi 18 saat itu menunjukkan lelaki itu dipercayai seorang remaja menampar muka serta belakang kepala perempuan terbabit yang kelihatan sebaya dengannya beberapa kali selain menendang bahagian pinggangnya.

Sebaik ditampar dan ditendang, perempuan itu hanya mampu menangis sambil menekup tangan pada bahagian kiri dan kanan kepalanya di tepi dinding.



Lelaki itu pula semakin menggila apabila dilihat mengambil seliparnya dan melibas belakang kepala perempuan itu dengan kuat beberapa kali dengan selipar berkenaan.

Tambah menyakitkan hati, perakam video dipercayai rakan lelaki terbabit sempat tertawa semasa merakam perlakuan ganas rakannya itu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku, namun melalui bahasa yang dituturkan, mereka dipercayai berbangsa Cina.

Dalam kalangan warga maya pula, rata-rata mereka marah dan mengutuk perbuatan lelaki berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera sekiranya sekiranya kejadian itu berlaku di negara ini.



Video berkenaan turut mendapat perhatian selebriti popular tanah air, Neelofa yang memuat naik video itu menerusi satu ciapan di akaun Twitternya, petang tadi.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk memberi respons kepada ciapannya itu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button