Wartawan maut digilis kenderaan bawa bekas Perdana Menteri Pakistan
Wartawan maut digilis kenderaan bawa bekas Perdana Menteri Pakistan
LAHORE: Seorang wartawan wanita maut digilis kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, semalam.
Kejadian itu berlaku berhampiran bandar Gujranwala ketika Imran mengetuai konvoi bersama penyokongnya menuju ke ibu negara Islamabad untuk mendesak kerajaan Persekutuan mengadakan pilihan raya mengejut.
Menurut saksi, wartawan Channel 5, Sadaf Naeem, 40, hilang imbangan kerana cuba naik ke atas trak Imran untuk mendapatkan komen daripada bekas perdana menteri itu.
Sadaf dilaporkan yang terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis roda trak menyebabkan kecederaan parah di kepalanya.
Ketua Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), Mussarat Jamshed Cheema mengesahkan Sadaf digilis kenderaan yang membawa bekas perdana menteri tersebut.
Kemalangan itu mendorong Imran menghentikan ‘perarakan panjang’ dari Lahore ke Islamabad.
“Terkejut dan amat sedih dengan kemalangan ngeri yang membawa kepada kematian wartawan Channel 5 Sadaf Naeem ketika perarakan kami hari ini,” tulis Imran di Twitter.
Susulan tragedi itu, semua kegiatan yang yang dirancang parti PTI semalam dibatalkan.
Wartawan maut digilis kenderaan bawa bekas Perdana Menteri Pakistan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS
- At Takiri dedah PAS mungkir janji
- Konflik PPBM, Rafiq tanding Masjid Tanah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan