Lelaki tinggal isteri hamil di stesen minyak

Lelaki tinggal isteri hamil di stesen minyak

Lelaki tinggal isteri hamil di stesen minyak
STEFANUS Ikatan Zai (kiri) meninggalkan isterinya Maryana (kanan) di stesen minyak Banda Aceh sebelum menghilangkan diri.-AGENSI

BANDA ACEH: Seorang lelaki dicari pihak berkuasa selepas bertindak meninggalkan isterinya yang sedang hamil tiga bulan di sebuah stesen minyak di Banda Aceh sebelum menghilang diri.

Menurut portal berita Kompas.com, wanita hamil dikenali sebagai Maryana berkata, dia dan suaminya, Stefanus Ikatan Zai, 22, keluar ke bandar 20 Oktober lalu menaiki motosikal.

“Saya fikir dia hanya pergi sebentar dan kembali semula mengambil saya.



“Tetapi ternyata dia terus menghilang dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang,” jelas Maryana.

Maryana berkata, selepas ditinggalkan di stesen minyak itu, dia cuba menghubungi keluarga suaminya di Sumatera Utara namun mereka juga tidak tahu di mana Stefanus berada.

Stefanus yang memakai jaket hitam pergi sehelai sepinggang tanpa membawa bersama wang atau pon lesen kenderaan miliknya.

Laporan polis dibuat di balai polis di Banda Aceh Khamis lalu dan polis masih berusaha mencari lelaki itu.



Gempa bumi landa Aceh

Lelaki tinggal isteri hamil di stesen minyak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button