Sempat Ambil ‘Selfie’ Sebelum Tergelincir
Gadis Maut Terjatuh Bangunan Tinggi 12 Meter
Sempat Ambil ‘Selfie’ Sebelum Tergelincir
Sempat mengambil swafoto (selfie) sebelum terjatuh, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Barat Turki dilaporkan maut ketika cuba mendapatkan telefon bimbitnya dari atas bumbung.
Terjatuh masa nak ambil telefon
Kejadian berkenaan berlaku di bandar Ortaca, wilayah Mugla di mana gadis terbabit dikenali sebagai Melike Gun Kanavuzlar cuba mendapatkan telefon bimbitnya, namun dia tergelincir dan hilang keseimbangan badan sehingga menyebabkannya terjatuh dari ketinggian 12 meter di atas tanah.
Detik ngeri itu sempat dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan empat tingkat itu.
Susulan daripada itu, pasukan paramedik dan polis bergegas ke tempat kejadian dan segera membawa mangsa yang cedera parah itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimanapun, gadis berkenaan dipindahkan ke unit rawatan rapi dan bertarung nyawa selama 18 hari sebelum meninggal dunia.
Difahamkan, upacara pengebumian Melike dilakukan pada Ahad lalu.
Sumber : Dailystar