Ribut petir, hujan lebat, diramal hingga jam 5 petang



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri yang dijangka berlarutan hingga jam 5 petang ini.

Ia membabitkan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin).

Selain itu, Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Sarawak membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah membabitkan Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.



Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Ia dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan keadaan cuaca sedemikian dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (m)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker