‘Istana’ Anwar Ibrahim di Kajang?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


'Istana' Anwar Ibrahim di Kajang?

Foto sebuah kediaman di Pinggir Pelangi Pagi, Kajang menimbulkan persoalan, adakah benar itu ‘Istana’ Anwar Ibrahim?



Jika benar itu ‘Istana’ Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden PKR, mengapa tiada alamat kediaman tersebut dalam borang pengisytiharan harta beliau?

Dikatakan kawalan kediaman tersebut sangat ketat dan orang awam tidak dibenarkan mendekatinya.

Dalam borang pengisytiharan harta dalam laman sesawang Keadilan, hanya beberapa aset berupa hartanah disenaraikan Anwar. Malah, Wan Azizah tidak dinamakan sebagai pemilik bersama aset hartanah dalam borang Anwar.

Ini menimbulkan spekulasi, mengapa nama Azizah tidak tersenarai sebagai pemilik bersama hartanah Anwar?



Anwar seringkali berucap mengecam pemimpin lain mengumpul harta dari politik, tetapi beliau juga dalam masa sama melalui kehidupan serba mewah.

Biarpun tampil di hadapan audien dengan pakaian ringkas tetapi gaya kehidupan Anwar tidak menggambarkan perkara yang sebenarnya.

Lihat sahaja kenderaan yang dinaikinya. Berapa harga kereta tersebut? Kenderaan mewah yang bernilai tinggi seringkali dinaiki Anwar namun tetap tidak disenaraikan dalam aset seperti pengisytiharan beliau.

Kediaman beliau sahaja mencecah jutaan ringgit jadi dimanakah logiknya beliau tidak mewah dari karier politiknya?



Benarkah Anwar ada rumah 'ala Beverly Hills' di Sg Long?

Sekarang, Anwar perlu menjawap samada benar atau tidak kediaman bernombor 45*, Pinggir Pelangi Pagi, Country Height,  43000, Selangor Darul Ehsan merupakan harta beliau atau tidak.

Jika itu merupakan kediamannya, berapakah nilai sebenar harga rumah tersebut?

Kalau benar-benar bersih, Anwar perlu tampil menjawap persoalan tersebut dan mengisytiharkan kembali aset hartanah beliau dan Azizah sebagai harta sepencarian.



Related Articles

One Comment

  1. yg itu rumah bapa anwar (arwah), skrg adiknya Farizon yg dpt rumah tu slps ibunya meninggal pd Jun 2022!

Leave a Reply

Back to top button