InvestKL tarik pelaburan RM2.48 bilion

InvestKL tarik pelaburan RM2.48 bilion

InvestKL tarik pelaburan RM2.48 bilion
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: InvestKL telah memperoleh pelaburan komited bernilai RM2.48 bilion pada separuh pertama 2023, menyaksikan pewujudan lebih 6,800 peluang pekerjaan eksekutif untuk rakyat Malaysia.

Ini dipacu oleh kejayaan pemulihan ekonomi Malaysia yang diunjur berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, InvestKL berkata pelaburan ini diperoleh di tengah-tengah cabaran global semasa dan ini menunjukkan cadangan Greater Kuala Lumpur (Greater KL) sebagai destinasi pelaburan utama telah mantap, lengkap dengan infrastruktur digital yang teguh, kemudahan menjalankan perniagaan, ekosistem yang didorong oleh aktiviti teknologi inovatif dan persekitaran yang memupuk bakat.



Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia komited terhadap dasar yang bertujuan mewujudkan ekosistem perniagaan bernilai tinggi untuk menarik pelaburan strategik, serta merealisasikan pertumbuhan jangka panjang negara yang mampan dan inklusif.

“Kejayaan berterusan InvestKL dalam menarik pelaburan berkualiti untuk kawasan Greater KL adalah bukti landskap perniagaan Malaysia yang kondusif, yang seterusnya telah membangunkan daya saing dan daya tahan Malaysia di peringkat global.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




“Disokong oleh dasar kukuh mengenai industri, pelaburan dan eksport, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), bersama agensinya seperti InvestKL, akan terus meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan dan pelaburan dalam negara di samping menjamin prospek perniagaan domestik serta meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih luas dan inklusif,” katanya.

Menurut InvestKL, momentum pelabur yang kukuh membantu prestasi rekod InvestKL pada 2022, yang menarik pelaburan bernilai RM2.79 bilion dengan mewujudkan 2,805 pekerjaan eksekutif berkemahiran tinggi melalui penubuhan 13 hab perkhidmatan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhammad Azmi Zulkifli berkata keputusan separuh pertama menunjukkan impak berterusan InvestKL ke arah mengukuhkan status Greater KL sebagai destinasi pelaburan utama dalam kalangan bandar-bandar utama di Asia Pasifik.

“Ini memberi petanda baik kepada sasaran kami pada 2023 untuk menarik pelaburan dalam hab perkhidmatan global dalam arena digital dan teknologi yang akan menjurus kepada penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi yang sofistikated untuk rakyat Malaysia.



“Saya yakin dengan rangkaian pelabur kami untuk baki tahun, penutupan dengan beberapa siri pelaburan akan memastikan kami berada di landasan untuk memperoleh RM35 bilion menjelang 2030,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM


InvestKL berkata pelaburan teknologi global diunjurkan berkembang 5.1 peratus pada 2023, dan Malaysia bersedia untuk mengalami lonjakan yang sama.



“Baru-baru ini, Malaysia turut menyaksikan peningkatan dalam jumlah pusat digital dan data baharu, dengan pelbagai pelabur asing membina keupayaan dalam digital, teknologi, dan kecerdasan buatan (AI), hasil daripada usaha komited dan bersepadu oleh MITI ke arah matlamat Malaysia sebagai Hab Digital Asean.

“Ini sejajar dengan rangka kerja Malaysia MADANI untuk memanfaatkan kemajuan digital dan teknologi dalam mencapai pembangunan mampan,” katanya.

Setakat hari ini, InvestKL telah menarik lebih 130 Hab Perkhidmatan Global syarikat multinasional asing di Greater KL yang menggaji lebih 19,000 eksekutif dengan purata gaji bulanan RM13,000.

InvestKL tarik pelaburan RM2.48 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading