Mas Ermieyati Kecewa, Abdul Hakim Makin Di Senangi Anak Muda
Mas Ermieyati Kecewa, Abdul Hakim Makin Di Senangi Anak Muda
Kedudukan calon Perikatan Nasional untuk parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati semakin genting.
Peluang untuk beliau mempertahankan kerusi parlimen Masjid Tanah yang dimenangi di atas tiket Barisan Nasional pada PRU 14 dilihat semakin tipis.
Sebelum ini, portal ini ada melaporkan mengenai sokongan pengundi bukan Melayu (Cina & India) dapat dilihat dengan jelas sudah beralih kepada Barisan Nasional.
Baca di sini:
Kini dapat pula dilihat dengan jelas bagaimana sokongan anak muda di parlimen Masjid Tanah beralih kepada calon BN, Abdul Hakim.
Untuk rekod, dalam PRU 14 yang lepas, punca kekalahan Barisan Nasional adalah kerana undi pengundi bukan Melayu dan anak muda telah beralih kepada Pakatan Harapan.
Tanpa sokongan undi dari kelompok pengundi ini, peluang untuk Mas Emieryati untuk memenangi kerusi parlimen Masjid Tanah dilihat hampir mustahil.
Sementara itu sokongan kepada calon muda dari BN, Abdul Hakim, dilihat semakin hari semakin meningkat walau pun beliau adalah calon muka baharu.
Malah luka mengenai isu 70 petugas PN Masjid Tanah yang bertindak keluar dari PN dan menyertai UMNO masih lagi menjadi trauma kepada Mas Emieryati.
Dengan perkembangan terbaru ini dan tempoh berkempen yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, Mas Emieryati kini dilihat seperti cuba melaksanakan misi yang mustahil.
Mas Ermieyati Kecewa, Abdul Hakim Makin Di Senangi Anak Muda
Di Syorkan Untuk Anda:
- MoU PH Dan PN Untuk Membentuk Kerajaan Perikatan Harapan Selepas PRU 15
- Pengundi Berbangsa Cina Di Parlimen Masjid Tanah Bertekad Untuk Memberikan Undi Kepada Calon BN
- Nurul Izzah Di Jangka Tumbang Di Permatang Pauh
- Sokongan Pengundi India Terhadap BN Semakin Meningkat