GPS dahului 25 daripada 31 kerusi di Sarawak (TIDAK RASMI)

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) jauh meninggalkan parti lain dengan mendahului di 25 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dalam keputusan tidak rasmi sehingga jam 7.20 malam tadi.

DAP pula mendahului di tiga kawasan iaitu di Sibu, Lanang dan Mas Gading manakala Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) pula masing-masing mendahului satu kerusi.

GPS berada di depan bagi kerusi Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Tanjung Manis, Igan, Mukah, Bintulu, Selangau, Sibuti, Baram, Lawas, Limbang, Kapit, Hulu Rajang, Bandar Kuching, Lubok Antu, Puncak Borneo, Batang Sadong, Batang Lupar, Kanowit dan Stampin.



Kerusi tunggal yang sedang didahului PH pula adalah Miri manakala PN di Saratok dan PBM di Julau.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button