Pokok tumbang, tiga beranak terselamat

KUANTAN: Tiga beranak yang menunggang motosikal terselamat dalam kejadian pokok tumbang di Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang, di sini malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Kapten (PA) Zaubidah Said, berkata kejadian itu turut membabitkan sebuah kereta.

Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 malam.



“Seramai lapan anggota PKOD Kuantan segera ke lokasi dengan menaiki dua ambulans bagi membantu dan merawat mangsa di lokasi.

“Kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta dan motosikal.

“Mangsa lelaki dewasa bersama seorang anak dan isteri yang menunggang motosikal cedera di bahagian kaki.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Beliau berkata, turut terbabit dalam operasi menyelamat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan kakitangan HTAA.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button