Belgium menang tipis 1-0 ke atas Kanada

DOHA: Gol babak pertama Michy Batshuayi memberikan kemenangan tipis buat Belgium ke atas Kanada yang kali pertama beraksi di Piala Dunia selepas 36 tahun.

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyelamatkan sepakan penalti Alphonso Davies di awal permainan dan Batshuayi memecah kebuntuan pada minit ke-44.

Kanada kendalian John Herdman, menggandakan asakan di babak kedua, tetapi ketangkasan Courtois menafikan peluang mereka untuk menyamakan kedudukan.



Belgium turun tanpa kelibat peledak prolifik, Romelu Lukaku yang cedera dan tampak bergelut untuk mengekang kepantasan penyerang Kanada.

Bagaimanapun, pasukan yang mara ke separuh akhir edisi 2018 itu mengekalkan kelebihan satu gol untuk mendahului Kumpulan F selepas Croatia dan Maghribi seri tanpa jaringan.

Kanada akan menentang Croatia Ahad ini, manakala Belgium yang berada di ranking kedua dunia, bertemu Maghribi.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button