Marsha Sebak, Kongsi Situasi Lawat Nad Zainal Di ICU
“Saya Pegang Tangan Dia, Saya Bisik…,”
Marsha Sebak, Kongsi Situasi Lawat Nad Zainal Di ICU
Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi mengenai ujian yang menimpa pelakon Nad Zainal yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Nad, 32, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai kerana jangkitan pada paru-paru sejak Isnin.
“Kami ada ‘grup’ WhatsApp dan di situ masing-masing selalu berkomunikasi, sudah janji nak jumpa dan sebagainya.
“Jadi bila nampak keadaan dia yang macam tu dan berpeluang untuk melawatnya dalam ICU, ia sesuatu yang sangat mendukacitakan.
“Sebab kami rapat dan bila tiba-tiba nampak dia tak sihat tu, saya rasa sedih. Malah ketika saya melawat, anaknya turut ada. Mereka masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku.
“Walaupun saya belum ada rezeki dan pengalaman menjadi seorang ibu, namun bila tengok situasi itu rasa rasa sebak,” katanya kepada MH.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN mahu tentukan siapa TPM dan menteri UMNO , PH pula serah kepada UMNO sendiri.
- Akhirnya Anwar Ibrahim Umumkan Khabar Gembira
- Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab
Marsha berkata demikian ketika ditemui Hari Pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SAMM37) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.
Marsha yang mempertaruhkan lagu Kembali Terang sebentar tadi turut berdoa semoga pelakon drama Cina Buta itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Alhamdulillah dalam rasa sedih dengan ujian yang menimpa Nad, kita tengok ramai penggiat seni yang hadir melawat dan berikan semangat.
“Begitu juga dengan peminat yang menitipkan doa baik-baik. Kalau kita tengok di media sosial ramai yang berikan kata semangat. Saya berdoa dan berharap semoga Nad akan pulih.
“Saya pegang tangan dia. Saya ada bisikkan kata-kata. Saya beritahu Nad, dia kena kuat dan teruskan perjuangan sebab Nad ada anak-anak yang menunggu Nad.
“Kita ada benda yang kita sudah janji sama-sama untuk lakukan. Saya percaya, yang berpeluang melawat berikan kata dorongan yang sama,” katanya lagi.
Marsha Sebak, Kongsi Situasi Lawat Nad Zainal Di ICU
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :