Aaisyah Dhia Rana Main ‘Ice Skating’ Dengan Zain Saidin Raih Perhatian [VIDEO]

“Mummy Takde, Aaisyah Date Dengan Daddy Je”

Aaisyah Dhia Rana Main ‘Ice Skating’ Dengan Zain Saidin Raih Perhatian [VIDEO]

Aaisyah Dhia Rana Main ‘Ice Skating’ Dengan Zain Saidin Raih Perhatian [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Mohamad Zain Mohd Saidin atau lebih dikenali sebagai Zain Saidin yang merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.

Zain Saidin telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.



Zain Saidin telah berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telatahnya meraih perhatian ramai di laman media sosial.

“Wah, Pandainya Aaisyah Ice Skating Walaupun Pertama Kali”

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik Zain Saidin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 138 ribu, tanda suka sebanyak 3,282 dan sebanyak 36 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Zain Saidin membawa Aaisyah untuk bermain Ice Skating di Sunway Pyramid.

Kalau bawa budak kecil masuk mall ni kene hati-hati sebab nanti diorang ni suka singgah sana singgah sini”-kata Zain Saidin





Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sangat pandai bermain dan berani untuk mencuba ice Skating walaupun baru pertama kali.

Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua juga peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading