Pemandu lori direman empat hari, bantu siasatan nahas ragut nyawa kontraktor

Pemandu lori direman empat hari, bantu siasatan nahas ragut nyawa kontraktor
Pemandu dipercayai terbabit nahas lima kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan hingga mengorbankan seorang kontraktor direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Pemandu lori yang dipercayai terbabit nahas lima kenderaan hingga mengorbankan seorang kontraktor di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kelmarin, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei selepas dimohon polis bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap tiba di mahkamah pada jam 9.15 pagi diiringi polis, sebelum proses permohonan reman terhadapnya selesai kira-kira sejam kemudian.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam, Khaidzir Zainuddin, 59, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah lori ketika menukar tayar kereta di Kilometer 179.3, PLUS (arah selatan).



Anaknya, Muhammad Ashraf, 22, yang patah tulang rusuk masih dirawat di Hospital Tangkak, Johor.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian dua beranak itu yang menaiki kereta Mercedes Benz dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor.

Bagaimanapun tayar kereta itu tiba-tiba pancit dan mangsa berhenti di tepi jalan sebelah kiri untuk menukar tayar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sebuah lori tunda turut berhenti bagi membantu mangsa dan dua lagi kenderaan pikap peronda PLUS berhenti di hadapan kereta Mercedes Benz berkenaan.



Ketika berkemas selepas selesai menukar tayar, tiba-tiba datang lori Nissan Hicom dari arah belakang melanggar lori tunda berkenaan, menyebabkan ia terlajak dan melanggar dua beranak itu yang sedang berada di bonet kereta mereka serta dua pikap Peronda PLUS.

Nahas menyebabkan dua beranak itu tercampak ke tepi lebuh raya, manakala pemandu lori tunda terbabit cedera pada muka selepas dikatakan terperosok di bawah lori berkenaan.

37 maut dalam nahas tiga bas di Nigeria



 

Pemandu lori direman empat hari, bantu siasatan nahas ragut nyawa kontraktor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button