6 suspek keldai akaun ditahan
6 suspek keldai akaun ditahan

BALIK PULAU: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ kepada sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM25,500 dalam siri serbuan semalam.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, hari ini, semua suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Mereka yang ditahan dipercayai menjadi ‘keldai akaun’ kepada beberapa sindiket penipuan dalam urusan jual beli komputer riba, telefon bimbit, kereta dan emas melalui dalam talian serta sindiket penipuan penghantaran barang melalui dalam talian atau ‘parcel scam’.
“Berdasarkan siasatan jumlah kerugian dialami oleh mangsa antara RM1,000 sehingga RM25,500 membabitkan kes yang dilaporkan pada 2005, selain antara 2020 hingga tahun ini, katanya.
Semua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
6 suspek keldai akaun ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :