Polis tahan dua lelaki hina Sultan Selangor, Sultan Johor di Facebook
Polis tahan dua lelaki hina Sultan Selangor, Sultan Johor di Facebook
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ yang disyaki memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Selangor, ditahan, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata lelaki tempatan berusia 47 tahun itu ditahan di Langkap, Perak.
Katanya, suspek dipercayai pemilik akaun ‘Iman Mustaqim’ itu ditahan kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor.
“Semalam, kita turut menahan seorang lelaki tempatan yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor melalui akaun Facebook, ‘Flat Earth Malaysia’.
“Suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan di Kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 2 September ini.
“Kita menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya membabitkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R),” katanya.
Terdahulu, BH melaporkan PDRM menjalankan siasatan terhadap pemilik laman sosial Facebook, ‘Iman Mustaqim’ yang disyaki menghina Sultan Selangor.
Ia selepas tular di media sosial tindakan satu pemilik akaun Facebook itu yang membuat hantaran berbaur fitnah apabila menuduh Sultan Selangor tidak menjaga agama Islam.
Polis tahan dua lelaki hina Sultan Selangor, Sultan Johor di Facebook
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :