Polis tahan penganggur disyaki terbabit kes lelaki mati ditembak
Polis tahan penganggur disyaki terbabit kes lelaki mati ditembak

KLANG: Polis menahan seorang penganggur yang dipercayai terbabit dalam kes seorang lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 20-an itu di Kapar pada jam 12 tengah hari semalam.
“Usaha mengesan suspek lain dalam kes ini sedang giat dijalankan.
“Kami juga menyiasat motif kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, Rabu lalu.
Vijaya dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian tembakan yang berlaku di kawasan Kapar, di sini, dan siasatan awal mendapati, saksi awam terdengar bunyi beberapa das tembakan serta kemalangan kecil di sekitar lokasi tempat kejadian.
Katanya, mangsa berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah.
Polis tahan penganggur disyaki terbabit kes lelaki mati ditembak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :