Bapa lemas ketika selamatkan anak di Pantai Miami
Bapa lemas ketika selamatkan anak di Pantai Miami

GEORGETOWN: Kegembiraan tiga beranak berkelah sempena cuti Hari Kebangsaan di tepi Pantai Miami di Jalan Batu Feringgi, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa, Haryadi Salleh, 43, tenggelam sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang berusia 13 tahun yang hampir lemas.
Anak mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam.
Pegawai Pertahanan Awam Unit Tanjung Bungah (PA) Leftenan Mohd Lili Ibrahim berkata, mangsa ditemukan kira-kira 70 meter dari menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan empat anggota penyelamat mengambil masa hampir 20 minit untuk membawanya ke pantai.
Beliau berkata, mangsa kemudian diberi rawatan awal dan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor
- Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Ekstrimis Agama Meracuni Pemikiran Rakyat?
- Hadi Awang Penunggang Agama?
“Kes diserah kepada polis sebelum mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bagi tindakan lanjut,” katanya memaklumkan mangsa yang berasal dari Kedah dikatakan datang bercuti ke Pulau Pinang bersama isteri dan anaknya.
Dalam kes berasingan, Mohd Lili berkata, pihaknya turut menyelamatkan dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun yang hampir lemas di Pantai Bayu Senja di Batu Feringgi.
Kejadian berlaku jam 2.50 petang dengan kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, lapan anggota termasuk dua dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi sejurus menerima panggilan.
“Keadaan ombak ketika itu tidak bergelora walaupun selepas hujan dan pantai dipenuhi pengunjung yang berkelah serta mandi manda,” katanya.
Bapa lemas ketika selamatkan anak di Pantai Miami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :