Neelofa Duduk Atas Kerusi Roda
Peminat Berteka-Teki?

Selebriti terkenal, Neelofa sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai dalam pelbagai perkara yang dilakukannya.
Terbaru, laman Instagram peminatnya, @lofa.world berkongsi beberapa video Neelofa ketika berada di Brunei bersama suaminya, PU Riz.
Salah satu daripada video yang dikongsi turut menunjukkan Neelofa duduk di atas kerusi roda sambil dikawal oleh PU Riz.
Netizen Mengusik
Ruangan komen entri berkenaan dipenuhi pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang membuat sangkaan bekas hos MeleTOP itu sedang hamil.
“Firasat kita kata Neelofa pregnant,” usik seorang pengguna Instagram.
“Rasa Neelofa pregnant lagi lah, sebab memang perasan perut dia macam besar lately, tapi nak cakap takut silap,” tulis yang lain pula.
“Min jawab lah, ramai yang tanya tu,” komen warganet yang lain.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang risau sekiranya keadaan kesihatan Neelofa kini kurang baik.
Apapun, Murai MY mendoakan agar semua urusan Neelofa dan kesihatannya dipelihara oleh Allah SWT.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :