Jimat Lebih Banyak Masa, Peniaga Kecil & Sederhana Kini Boleh Buka Akaun Sepenuhnya Dalam Talian!

Jimat Lebih Banyak Masa, Peniaga Kecil & Sederhana Kini Boleh Buka Akaun Sepenuhnya Dalam Talian!

Jimat Lebih Banyak Masa, Peniaga Kecil & Sederhana Kini Boleh Buka Akaun Sepenuhnya Dalam Talian!
Jimat Lebih Banyak Masa, Peniaga Kecil & Sederhana Kini Boleh Buka Akaun Sepenuhnya Dalam Talian!

Bila sebut tentang perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kebanyakan antara mereka tiada akaun bank perniagaan disebabkan kekurangan masa dalam mengendalikan perniagaan dan mempunyai masa yang terhad untuk berurusan di cawangan bank secara fizikal.

Lebih mengejutkan, kebanyakan peniaga PKS menggunakan akaun bank persendirian untuk urusan perniagaan, yang mana ia secara tak langsung mampu beri kesan terhadap keliruan aliran tunai perniagaan.

Jadi, untuk mereka yang sedang menguruskan perniagaan secara kecil atau sederhana, kami nak berkongsi satu info yang dapat memudahkan urusan perniagaan ditawarkan oleh OCBC Al-Amin.

100% Permohonan Dalam Talian, Akaun OCBC eBiz-i Mudahkan Urusan PKS

Untuk anda yang belum tahu, OCBC merupakan salah satu bank terawal menyediakan Akaun Semasa Perbankan Perniagaan dengan proses permohonan dalam talian dengan menggunakan kaedah pengesahan eKYC.

Menariknya, Akaun OCBC eBiz-i dengan ciri eKYC (electronic Know-Your-Customer) ini  membolehkan anda untuk membuka akaun pada bila-bila masa dan di mana saja kerana ia menggunakan 100% proses dalam talian untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti pemohon.

Jadi, untuk membuka Akaun OCBC eBiz-i, anda tak perlu pergi ke cawangan bank. Semuanya online! Jimat masa!

Yang terbaik antara semua, permohonan boleh dilengkapkan dalam masa kurang dari 15 minit dan akaun anda boleh sedia diaktifkan dalam tempoh 1-2 hari bekerja sahaja. Wah, kejapnya!

Akaun OCBC eBiz-i Bantu Mudahkan Urusan Perniagaan 

Antara permasalahan yang sering dihadapi oleh peniaga PKS adalah hanya mempunyai satu akaun perbankan kerana kebanyakan mereka menggunakan satu akaun bank persendirian yang menggabungkan wang simpanan dan wang perniagaan.

Perkara sebegini mungkin akan memberi kesan negatif pada masa akan datang sebab anda mungkin sukar untuk kenal pasti antara perbelanjaan perniagaan dan peribadi kerana tiada gambaran jelas tentang pendapatan dan kedudukan perniagaan.

Selain itu, anda juga tak dapat nak meramal aliran tunai perniagaan serta sukar membuat perancangan dan pertumbuhan dalam perniagaan.

Jadi, dengan adanya OCBC Al-Amin, peniaga PKS kini boleh buka Akaun OCBC eBiz-i pada bila-bila masa dengan deposit serendah RM500.

Untuk peniaga PKS yang menjalankan perniagaan halal, mesti anda tertanya-tanya berkenaan status patuh Syariah bagi Akaun OCBC eBiz-i ni, betul tak?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai


Jangan risau, Akaun OCBC eBiz-i ni menawarkan akaun perniagaan yang patuh Syariah sepenuhnya sejajar dengan matlamat dan aspirasi perniagaan PKS mengikut prinsip Syariah.

Urusan Perniagaan Kini Lebih Mudah Dengan Peralatan Digital 

Apa yang membuatkan OCBC Al-Amin antara pilihan perbankan yang sesuai untuk PKS adalah ia menggabungkan ciri-ciri digital dalam perbankan yang akan membantu peniaga dalam menguruskan dan mengembangkan perniagaan.

Untuk pengetahuan, akaun perniagaan OCBC ini turut hadir dengan perbankan internet perniagaan atau online banking iaitu OCBC Velocity. Di dalamnya, terdapat ciri dan fungsi canggih untuk memacu perniagaan anda seperti Business Financial Management (BFM).

Kalau anda nak tahu, dengan adanya fungsi BFM, perniagaan anda dapat berjalan dengan lebih lancar sebab adanya ciri pengurusan invois serta visualisasi data aliran tunai di OCBC Velocity.

Anda juga boleh menerima status kemaskini termasuk ketepatan transaksi perdagangan serta notifikasi melalui SMS dan e-mel.

Dengan fungsi BFM, anda dapat melihat aliran tunai perniagaan secara visual dengan mudah, serta melihat semua data terkini berkenaan akaun anda dengan lebih mendalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


Dengan visualisasi ini, anda boleh menjangkakan jumlah wang yang diperlukan untuk perniagaan anda dalam masa bulan hadapan.

Selain itu, anda juga boleh merancang pemacuan perniagaan anda pada masa yang lebih sesuai lepas analisis aliran tunai yang teliti.

Bukan itu saja, anda juga boleh cipta e-invois dengan fleksibiliti untuk menyesuaikan syarat pembayaran, memuat naik logo syarikat serta penyelarasan secara automatik bagi menjamin ketepatan data.

Nak tahu apa yang lagi best? Anda boleh simpan butiran pelanggan dan jejak prestasi pembayaran mereka secara berterusan. Anda juga dapat kekalkan perniagaan dengan pembekal menerusi rekod invois yang diterima dan menjejaki pembayaran keluar dengan pantas.

Melalui fungsi BFM, anda dapat menerima makluman tentang pembayaran bil yang akan datang dan buat pembayaran terus daripada akaun perniagaan serta mendapat gambaran keseluruhan bagi semua akaun dengan pantas.

Selain itu, anda juga dapat melihat pendapatan dan perbelanjaan perniagaan mengikut kategori serta melihat semua aktiviti perniagaan melalui fungsi kalendar harian. Bagusnya!

Ini bermaksud, dengan adanya teknologi pendigitalan yang bagus, ia dapat memudahkan urusan perniagaan tak kira di mana saja anda kendalikan perniagaan, sama ada dari rumah, premis perniagaan, atau pun on-the-go.

Jimat Lebih Banyak Masa, Peniaga Kecil & Sederhana Kini Boleh Buka Akaun Sepenuhnya Dalam Talian!

Selain itu, terdapat juga aplikasi OCBC OneCollect untuk penerimaan pembayaran melalui Kod QR (Quick Response). Aplikasi ini boleh memudahkan urusan transaksi tempatan (DuitNow QR) dan rentas sempadan (PayNow QR), sebagai contoh daripada Dollar Singapura kepada Ringgit Malaysia.

Akaun OCBC ini juga telah mula menerima pembayaran tanpa sentuhan secara serta-merta ke akaun perniagaan.

Masa Depan Digital Untuk Peniaga PKS

 

Jadi, buat peniaga-peniaga PKS atau peniaga yang ingin mulakan perniagaan, anda boleh buka Akaun OCBC eBiz-i dengan mudah. Akaun ini menawarkan permohonan 100% dalam talian dan dilengkapi dengan pelbagai alatan digital yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.

Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang telah atau ingin memulakan perniagaan tau!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OCBC Al-Amin.

 

Jimat Lebih Banyak Masa, Peniaga Kecil & Sederhana Kini Boleh Buka Akaun Sepenuhnya Dalam Talian!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker