Paip bawah tanah bocor punca tanah runtuh di Taman Megah Jaya
Paip bawah tanah bocor punca tanah runtuh di Taman Megah Jaya
KUALA LUMPUR: Kebocoran saluran paip bawah tanah dipercayai menyebabkan kejadian tanah runtuh di Taman Megah Jaya, dekat Pandan Indah, di sini, hari ini.
Kejadian membabitkan runtuhan kawasan lereng bukit berketinggian kira-kira 30 meter itu bagaimanapun tidak menyebabkan kerosakan pada struktur kediaman atau membabitkan kecederaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan kejadian berlaku di Jalan Mega 1/2K di Taman Mega Jaya itu.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.48 petang.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Kedai runcit rosak akibat tanah runtuh
Cerun hempap rumah, penduduk bimbang risiko runtuhan berulang
Pencawang TNB ranap dihempap bongkah batu
Tiga beranak terselamat banglo ditimpa tanah runtuh
“Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran paip, berkemungkinan saluran paip bawah tanah. Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan.
“Pihak berwajib dan Indah Water Konsortium (IWK) sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lokasi,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
Norazam berkata, tiada struktur rumah atau mangsa terbabit dalam kejadian ini dan pihaknya masih melakukan pemantauan memandangkan terdapat sebuah rumah kira-kira 20 meter dari lokasi runtuhan terbabit.
Paip bawah tanah bocor punca tanah runtuh di Taman Megah Jaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru
- PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan
- Mahathir paling risau jika Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.