Suri rumah ditipu ‘Love Scam’, rugi RM508,500



Suri rumah ditipu 'Love Scam', rugi RM508,500

Suri rumah ditipu ‘Love Scam’, rugi RM508,500

KOTA KINABALU: Seorang suri rumah kerugian RM508,500 selepas diperdaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook, awal Julai lalu.

Pada awalnya mereka hanya berinteraksi dalam Facebook sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp sehingga menjadi kawan rapat.

Selepas itu, lelaki terbabit meminta wang daripada mangsa yang berusia 47 tahun dengan alasan perlu ke Malaysia bagi mengurus tuntutan waris mendiang bapanya.



Lelaki itu turut berjanji akan memulangkan wang yang dipinjamnya dua kali ganda.

Atas dasar percaya, wanita berkenaan mengirimkan wang kepada lelaki terbabit secara berperingkat ke sebuah akaun milik seorang wanita dengan jumlah keseluruhan RM508,500.

Mangsa berasa tertipu apabila lelaki terbabit tidak memulangkan wang yang dipinjam malah masih meminta wang.

Menyedari ditipu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kes penipuan scammer yang sudah banyak dihebahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain pihak serta laporan di media arus perdana,” katanya.

Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

Suri rumah ditipu ‘Love Scam’, rugi RM508,500


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker