WHO sambut baik langkah China longgar sekatan Covid-19
WHO sambut baik langkah China longgar sekatan Covid-19
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyambut baik langkah China melonggarkan sekatan Covid-19 susulan gelombang protes yang meluas di seluruh negara terhadap tindakan keras China melakukan sekatan wabak itu.
Sejak minggu lalu, sebahagian besar bandar menyaksikan lonjakan protes oleh penduduk yang menentang sekatan ketat sehingga ada yang bertukar ganas.
Beberapa bandar di China membatalkan sekatan Covid-19 bermula semalam, dengan melonggarkan peraturan ujian saringan dan kuarantin.
Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan menyifatkan langkah diambil China untuk melonggarkan sekatan itu adalah wajar.
“Kami menyambut baik pengumuman pihak berkuasa China yang sedang menyesuaikan strategi semasa mereka, mengimbangi langkah kawalan dengan kehidupan penduduk yang terkesan.
“Kami berpandangan startegi itu dapat mengimbangi kawalan virus dengan kehidupan dan kesejateraan orang ramai serta hak asasi rakyat China,” katanya dalam sidang akhbar.
Terdahulu, China mengumumkan akan melonggarkan sekatan sebahagian dasar sifar Covid-19 dengan membenarkan penduduk dijangkiti menjalani kuarantin di rumah.
Chaoyang bakal menjadi bandar pertama melaksanakan kaedah baharu itu, yang mana penduduk dijangkiti tidak perlu lagi dipindahkan ke pusat kuarantin dibawah kerajaan.
Peraturan baharu akan membenarkan penduduk menjalani kuarantin di rumah setelah menandatangani sepucuk surat dengan syarat tidak akan keluar semasa tempoh berkenaan, serta pengimbas dipasang pada pintu rumah mereka.
Kelonggaran sementara pula akan diberikan kepada golongan warga emas dan wanita hamil yang sukar mengunjungi kemudahan kesihatan. – AFP
WHO sambut baik langkah China longgar sekatan Covid-19
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar
- Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.
- Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.