Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam

Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam

Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang banduan yang membawa pisau ketika berada di tempat awam.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Zawawi Zahid, 51, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membawa senjata berbahaya di tempat awam iaitu sebilah pisau di hadapan sebuah kedai gunting rambut di daerah ini, jam 5 petang, pada 9 Julai lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkenaan dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Ketika ini, tertuduh sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kenderaan.

Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button