Izzue Islam Mohon Hormat Perasaan Awin [VIDEO]

 Wanita Bertudung Tebal Muka ‘Offer’ Nak Jadi Isteri Kedua

Izzue Islam Mohon Hormat Perasaan Awin [VIDEO]

Izzue Islam Mohon Hormat Perasaan Awin [VIDEO]

Pengacara Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin masih belum dikurniakan rezeki zuriat meskipun sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Ada wanita sanggup jadi ‘madu’

@melodiberapi

Penyanyi sensasi, Ismail Izzani cabut lari selepas mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dan berpelukan dengan gadis seksi di sebuah kelab hiburan tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini. #meloditv3 #viral #fypシ #fypdongggggggg #tv3 #tv3malaysia #ssfm37 #ismailizzani #kelab



♬ Suspend – Martinsykes

Memetik laporan Melodi, Izzue berkata dia didatangi seorang wanita bertudung yang berani mati menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua serta ingin melahirkan anak.

Kata Izzue, 32, dia dan Awin terkedu dengan tindakan wanita tidak dikenali itu yang disangka hanya bergurau semata-mata.

Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.



Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okey nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.

Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu.

Jaga perangai!

Izzue Islam Mohon Hormat Perasaan Awin [VIDEO]

Ditanya mengenai perasaan Awin, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan mengakui hati isterinya terguris namun tidak berlanjutan sehingga timbul pergaduhan.



Tidak dinafikan memang beri kesan kepada kami tetapi tidaklah sampai huru hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu? Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.

Dalam pada itu, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe mengingatkan individu terbabit untuk menjaga perasaan isterinya sebelum berkata-kata.

Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam itu, tak elok! Awak perempuan.. bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang.

Terdahulu, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin yang merupakan pengurusnya pada 2 Jun 2013.



Sumber: TikTok @melodiberapi

Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 



Izzue Islam Mohon Hormat Perasaan Awin [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button