Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan SPRM telah membuka kertas siasatan mengenai isu RM600 bilion.
“Ya, SPRM ada membuka kertas siasatan berhubung isu ini,” jelas Azam Baki.
Baca di sini:
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2145466
Tindakan SPRM itu susulan kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.
Anwar turut mengesahkan pegawai Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran yang serius melibatkan isu tersebut.
Sebelum ini, mantan perdana menteri, Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak takut untuk disiasat mengenai isu RM600 bilion itu.
Namun beberapa kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin PAS dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Baca di sini:
Kita berharap dengan berlakunya perubahan kerajaan, semua kekangan yang menghalang pihak berkuasa dari bertindak tegas dapat dihapuskan.
Namun siasatan terhadap isu RM600 bilion tidak boleh dianggap sebagai politik membalas dendam.
Ini adalah kerana ianya melibatkan dana negara dan di dalam jumlah yang sangat besar.
Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
Di Syorkan Untuk Anda:
- Cabutan Khas Judi Di Kurangkan Hampir 300%, Pak Lebai Down Ker?
- Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?
- Akhirnya Hadi Awang Dedahkan Siapa Raja Broker UMNO/BN