Gaji Anwar RM1 bukan RM15 juta – Juwairiya

Shah Alam: Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima bayaran RM15 juta semasa menjadi Penasihat Ekonomi Selangor adalah pengulangan fitnah.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, perkara itu juga sudah dinafikan berulangkali termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Negeri Selangor.

Katanya, ketika Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun.



“Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan dan beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 terbabit.

“Perkara ini juga jelas tertera dalam Hansard Dewan Negeri Selangor menerusi jawapan kepada soalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Dengan mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakkan dan kemuflisan modal politik PN dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Juwairiya membuat kenyataan itu susulan Muhyiddin mendakwa Anwar menerima RM15 juta ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dalam kempen ceramah di Parlimen Padang Serai, baru-baru ini.



Juwairiya yang juga ADUN Bukit Melawati berkata, tindakan menabur fitnah serta dakwaan palsu bagi mengaburi fikiran rakyat itu sangat tidak bertanggungjawab.

“Saya percaya pihak Perdana Menteri wajar mengambil tindakan selanjutnya bagi menghalang pengulangan fitnah ini terus dijaja oleh mereka yang bankrap akhlak dan etika dalam berpolitik,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading