Jesus jalani pembedahan



Doha: Penyerang Arsenal dari Brazil, Gabriel Jesus menjalani pembedahan merawat kecederaan lutut kanan yang dialami ketika beraksi untuk pasukan kebangsaan negaranya di Piala Dunia Qatar, umum pasukan Liga Perdana Inggeris itu.

Jesus dikeluarkan ketika Brazil menang 1-0 ke atas Cameroon pada aksi terakhir peringkat kumpulan dalam saingan Kumpulan G.

Dia terpaksa diketepikan bagi baki saingan di kejohanan itu.

“Gabby akan memulakan program pemulihannya. Semua orang di kelab memberi sokongan kepada Gabby dan akan bekerja keras untuk memastikan dia kembali ke padang secepat mungkin.” kata Arsenal tanpa memberi butiran lanjut mengenai kepulangan semula pemain berusia 25 tahun itu untuk beraksi.



Jesus meledak lima gol dalam 20 perlawanan untuk skuad Gunners bagi semua kejohanan musim ini susulan perpindahan ke London dari Manchester City.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker