Samuel Eto’o mohon maaf ‘belasah’ peminat bola sepak

 

 

Doha: Bekas bintang Cameroon, Samuel Eto’o memohon maaf kerana bertindak menendang muka seorang penyokong Algeria menggunakan lutut tetapi dia menegaskan menjadi sasaran provokasi melampau oleh peminat negara Afrika Utara sejak kontroversi kelayakan Piala Dunia tahun ini.



Presiden Konfederasi Bola Sepak Cameroon berusia 41 tahun itu dan duta Piala Dunia Qatar terbabit dalam insiden itu selepas berdepan provokasi ketika dia meninggalkan perlawanan Brazil mengatasi Korea Selatan, 4-1 di Doha pada Isnin.

Satu klip video dikongsikan di media sosial menyaksikan pemenang Pemain Afrika Terbaik Tahunan sebanyak empat kali itu bertindak ‘ganas’ selepas didatangi lelaki terbabit.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button